My sOngs

Wednesday, 9 November 2011

anugerah terindah

memandang wajahnya membuatkan aku berasa tenang
mengusap pipi lembutnya begitu menyentuh kalbuku
walau aku tidak menyentuhnya dengan tanganku
namun aku menyentuhnya dengan hatiku
genggaman erat tangan halusnya
menyedarkan aku tentang keindahan kurniaanNYA

rindu....
aku rindukan sentuhan lembutnya
suaranya yang manja membuatkan aku tersenyum
betapa berharganya dirimu
anugerah terindah......

hadiah keinginan...
sesungguhnya aku amat merinduinya...

Friday, 27 May 2011

birthday faiz naim my little sweet nephew

hari ni 28/05
bfday faiz naim atau saya panggil dye baby aiz....
and his mum call him ancam2....hehehe  :)
fmly plak call him 'adeq'...... so sweet kan.... hehehe.... :)
harini bfday dye yg ke-4 tahun....
wahh... ta sabar2 na tggu dye sampai kat uma ni.... hehehe
na wish bfday kat dye.... mesti dye tersengeh-sengeh.... hahaahaha
lepas to mesti papa dye ckp "adeq, g mntk cu beli adiah.."
byk ah... ne de wet na bli adiah..... hahhaha....
adeq.... cu bagi kiss jela k.... no money  no present laa dear......
hahahaha.... oke lah... sampai cni jewp.... tata :)

Wednesday, 25 May 2011

warkah buatmu (kau cintaku)

entah kapan dirimu hadir dalam hati ini
aku sendiri tidak menyangka
bahawa kau akan bertakhta di sanubari ini
tapi aku mengerti
bahawa kau tidak akan pernah menjadi milikku
kerana aku tahu
hatimu takkan pernah menyayangiku.........

kadangkala aku mengharapkan agar
kau juga mempunyai perasaan yang sama sepertiku
tapi aku tahu.....
ianya sesuatu yang mustahil
bodohnya aku kerana menyayangimu
sedangkan aku tahu
aku tak sepatutnya menyayangimu
dan menyimpan perasaan padamu

buat dirimu....
maafkan aku...
maafkan aku diatas ketelanjuranku menyayangimu
izinkan aku terus menyayangimu
selagi termampu.....
kerana mungkin
suatu masa nanti aku akan melupakanmu
tapi.....
bila tiba masanya
aku pergi meninggalkan semua
pergi meninggalkan kehuidupanku didunia ini....

ingatlah bahawa
ada seorang insan yang terlalu menyayangimu.....
walau dimana pun kau berada
ingatlah bahawa aku takkan pernah melupakan dirimu
hanya kerana kau cintaku......

resahhh....

suatu rasa yang unik
membuatkan ku keliru
tiba tiba aku merinduimu
sedang aku cuba 
untuk memahami hati ini
setiap kali teringatkannya
hati aku sakit
sakit kerana rindu
sakit kerana sayang
sakit kerana benci
dan sakit
kerana kecewa
aku cuba mengikut langkahnya
memahami situasinya
namun aku masih merasakan yang sama
tahukah kau aku merinduimu?
tahukah kau aku menyayangimu?
jiwa aku sakit
hati aku resah
bila kau tiada denganku
bila kau jauh dariku
aku masih disini 
dengan janji ini
janji yang pernah kau taburkan dulu
aku masih disini
masih menunggu dirimu
walau aku tahu
belum pasti aku akan menerimamu kembali......

starlight tears

From the first time we met, I knew we would be friends
You had a different air than others that I knew
I am also alone in this world I’ve come to know
Finally, I’ve met someone like you

I know that I might’ve been a bit cold at times
But that was just the way I dealt with all my fears
You took the first step to show I don’t have to be alone
And now I, I know I love you
I will be waiting for you
Don’t care how long it may take
I will always be right here
When you need to laugh or cry

You let me know
When you are ready to love
And I will rush to your side
To sweep you into my arms
Maybe one day you’ll know the love that I’ve kept inside
I know love comes with pain; it’s so hard to erase
All that I’m asking is for you to let me stay here
Don’t be scared; you can lean on me
I know I’ve found the one when I look into your eyes I will wait by your side till you can give me your heart

bila dah tibanya masa ku pergi nanti.... adakah kamu akan merinduiku???
adakah kamu akan mengigati diriku walau untuk sesaat??
adakah kau akan merasakan kehilanganku nanti????

bila tiba masanya ku pergi......
masihkan kau manganggap aku sahabatmu??
dan aku....
aku pasti akan tetap merindui kamu....
selamanya.....

kau tiada disisiku lagi...

Pabila kau tiada disisiku
Hatiku pun mula terasa sayu
Wajahmu selalu terbayang bayang
Difikiranku wahai sayang
Tetapi ini semuanya memori
Yang akan ku simpan dalam hati
Pabila ku keseorangan nanti
Akan ku teringat sejarah kembali
Mengapa kau meninggalkanku
Apakah kesalahan ku
Yang ku buatkan kepadamu
Sehingga begini akhirnya
Sayangku....
Kemana kau menghilangkan diri
Sungguh payah untukku mencarimu
Kembalilah kepada ku seperti waktu dahulu

Tuesday, 24 May 2011

kehidupan
bukan seindah
bukan setenang
dan
bukan seperti yang direncanakan

kehidupan
penuh dengan dugaan
penuh dengan kebingungan
namun.....
itulah kehidupan
yang menjanjikan sebuah pengalaman...
yang menjanjikan sebuah kenangan....

namun.....
sebuah kehidupan
akan terancana dengan erti sebuah pengertian
pengertian.......
akan hakikat sebuah rasa
CINTA

kenangan....

merinduimu amat menyakitkan bagiku
namun apakan daya aku
kerana hati ini terlalu menyayangimu...
kau pergi begitu saja
tanpa mengucapkan sepatah perkataan
kau pergi meninggalkanku
disaat hatiku begitu menyayangimu
disaat aku masih memerlukan dirimu
kau begitu bermakna bagiku
tetapi kenapa kau melakukannya kepadaku
pernah kau katakan
hanya aku yang kau cinta
tapi mengapa kau pergi begitu saja??
zariq.... tahukah kau bahawa aku terlalu merinduimu??
ingatkah kau akan janjimu dulu??
dimana kau berada saat ni?
aku begitu merinduimu....
namun aku tahu
antara kita hanya tinggal kenangan....
kau dan aku tak mungkin bersama lagi
kerana aku tahu
dirimu telah jauh meninggalkanku
dan kau takkan mungkin berpaling lagi.....
terima kasih diatas kasih sayangmu selama ini
aku begitu menghargainya.....