entah kapan dirimu hadir dalam hati ini
aku sendiri tidak menyangka
bahawa kau akan bertakhta di sanubari ini
tapi aku mengerti
bahawa kau tidak akan pernah menjadi milikku
kerana aku tahu
hatimu takkan pernah menyayangiku.........
kadangkala aku mengharapkan agar
kau juga mempunyai perasaan yang sama sepertiku
tapi aku tahu.....
ianya sesuatu yang mustahil
bodohnya aku kerana menyayangimu
sedangkan aku tahu
aku tak sepatutnya menyayangimu
dan menyimpan perasaan padamu
buat dirimu....
maafkan aku...
maafkan aku diatas ketelanjuranku menyayangimu
izinkan aku terus menyayangimu
selagi termampu.....
kerana mungkin
suatu masa nanti aku akan melupakanmu
tapi.....
bila tiba masanya
aku pergi meninggalkan semua
pergi meninggalkan kehuidupanku didunia ini....
ingatlah bahawa
ada seorang insan yang terlalu menyayangimu.....
walau dimana pun kau berada
ingatlah bahawa aku takkan pernah melupakan dirimu
hanya kerana kau cintaku......
No comments:
Post a Comment